Ape khabar?Hope sihat sejahtera..insyaAllah..
Ok...anda lapar?mari kite tengok resipi nie..
name die Ayam Masak Sri Tanjung..
adaptasi dari resipi Daging Masak Sri Tanjung
(adaptasi la sgt padahal daging xde dlm peti ais);p
Kepada anda yg xpernah dengar or tengok lauk nie,
ni la gambarnye
Sekali pandang mcm kari kan?tapi rasa die lain drp kari
BAHAN-BAHAN:
( untuk sajian 4 orang)
Ayam : 5 ketul
Minyak Masak : 3 camca besar
Air : 450 ml
Cuka : 1/2 camca besar
Puri tomato : 1 camca besar
(boleh diganti dengan sos tomato)
Kicap pekat : 1camca besar
Bunga lawang : 1 kuntum
Kulit kayu manis : 1/2 batang
Bawang besar : 2 labu, hiris atau belah
Serbuk kari: 1/2 camca besar
Serbuk kurma: 1/2 camca besar
Lobak merah
Ubi Kentang
Garam
BAHAN PERAP AYAM:
Kicap cair : 2sudu
Tepung jagung : (1/2 camca besar)
(jangan byk sgt, nanti ayam xserap rasa sbb kuah pekat sangat)
Serbuk lada hitam
CARA-CARA:
1. Campurkan kesemua bahan perap, perap ayam selama beberapa minit.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, kulit kayu manis dan
bunga lawang sehingga wangi.
3. Masukkan ayam yang telah diperap tadi, kacau seketika.
4.Tuangkan air, biar sehingga air mendidih. Kecilkan api, masak
hingga daging ayam menjadi empuk.
5.Meanwhile, campurkan rempah kari dan kurma tadi
bersama sedikit air. Kacau rata. Kemudian tuang sedikit demi
sedikit dalam periuk. Kacau rata.
6. Bila ayam dah empuk, masukkan lobak merah, ubi kentang, cuka,
puri tomato, kicap pekat dan garam secukup rasa.
(sehingga rasa menjadi sedap: campuran masam, manis, rempah)
Nota: Resipi ni biasanya kuah pekat, if nak pekat lagi, tambah
sedikit tepung jagung..
Tada!
Senang je kan?:)
Okeylah..sekarang,
anda boleh mencuba dan selamat menjamu selera!
Terima kasih~
Slm..
No comments:
Post a Comment