Wednesday 19 January 2011

Ayam Masak Paprik

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Ape khabar semua? Smoga semua sihat2 hendakNya..

Okey, bagi anda di luar sana tu, masih tak tahu nak masak apa hari ni?

okey, ape kate try masak resipi nie, Ayam Masak Paprik...

senang jer...

BAHAN-BAHAN
(untuk 5 orang makan)

Ha, inilah antara bahan-bahannya

Bahan tumisan


Ayam : 5 ketul
Bawang putih : 4 ulas
Bawang merah : 3 ulas
Bawang besar: 1 biji
Halia : sebesar ibu jari tangan
Serai : sebatang
Cili padi: 6 biji
Cili boh/giling
Sos tiram : 2 camca besar
Sos cili : 3 camca besar
Kicap manis: 1 camca besar
Sos ikan: 1 camca besar
Daun limau purut : 5-6 helai
Tepung jagung : 1 sudu
Kacang panjang, kubis bunga, lobak merah
jagung muda, tomato : dipotong kecil kesemuanya
(jika tiada kesemua sayur pun takpe)
Air : 1 cawan
Garam
Gula

CARA-CARA:

Ayam yang telah digoreng

1. Goreng ayam terlebih dahulu. (ada sesetengah orang prefer
ayam dipotong kecil daripada digoreng).

 Bahan tumisan sedang ditumis
 
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah,
halia dan serai sehingga naik bau wanginya.



3. Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air agar
ia berkuah.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.



Opps...gambar sedang menceceh di dapur

5. Masuk semua sayuran kecuali tomato 
(kerana if masuk awal, nanti tomato akan lembik)

6. Adjust rasa.

7. Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan kuah.


Naa...hampir siap

8. Tabur bawang besar yang telah dihiris sebagai pemanis semulajadi.
(kurangkan gula dalam makanan ye:)

Siap dimasak!

Haaa,,tu dia...
nampak sgt complicated kan?
tp once da siap masak,
rase happy dan puas sangat..

Ayam paprik ni sesuai dimakan 
dengan nasi goreng..
so, pasal tu la if kite g makan kat restoran,
selalu ade menu Nasi Goreng Paprik..
waaa..kan best dapat masak sendiri
jimat pon jimat...berkhasiat pon berkhasiat..lazat pon lazat
okeyhla anda semua...
Thanks for reading!

Special credit to: Myresipi.com (mutiarazura)


Selamat memasak kawan-kawan:)

Salam sayang,





No comments: