Friday 6 January 2012

Kuey Teow Udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2:)
bersua kita sekali lagi..ececeh mcm pengacara la pulak kan

Hari tu tibe2 sy teringin sangat nak makan mi udang..tapi dekat sini, mi kuning sangat la cepat rosak
dan bukan senang nak dapat..kami biasa guna spaghetti..tp hari tu, macam malas nak rebus spaghetti dulu,
gunalah kue teow (errrk macam mana nak spell..hehe)..sbb kebetulan malam sebelum tu buat kue teow hailam dan ada lebih kue tew yang sudah dicelur tapi belum digunakan..

Pada hakikatnya, sy ni sgt allergic pd udang..makan je habisla kulit terus merah2..tu kalau nasib baik..kalau paling teruk pun demam la..tp tu usually bila makan kacang..huhu..tapi sbb hari tu teringin sgt dan kebetulan dah bertahun2 xmakan udang, so masakla jugak..sbb xtahan tgk udang dalam fridge tu macam berjoget2 menggoda betul:) hehe

Kuey teow udangku:)

senang je, sedap pulak tu..macam biasa, thanks myresipi:)

jom zoom in resipi nya

KUEY TEOW UDANG
(2 orang)

Bahan-bahan


1 paket Mi kuning dicelur
3/4 ekor udang: asingkan kulit dan kepalanya
2 ketul ayam

Bahan2 utk dikisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
4/5 tangkai cili kering
(depends ikut tahap kepedasan anda)

CARA-CARA

1) Rebus ayam di dalam air hingga mendidih selama beberapa minit
Angkat ayam, asingkan isi dan tulangnya.


2) Goreng kulit dan kepala udang yang diasingkan tadi sampai berwarna kekuningan.

 3) Setelah kekuningan, masukkan kulit dan kepala udang tadi ke dalam air rebusan ayam tadi.

4) Angkat kulit dan kepala udang tadi dan masukkan pula tulang ayam ke dalam air rebusan tersebut.

 5) Minyak yang digunakan untuk menggoreng kulit dan kepala udang tadi disimpan ye:)

 6) Blend kulit dan kepala udang tadi dengan sedikit air sampai hancur.

 7) Masukkan hasil kisaran ke dalam air rebusan tadi.


 8) Menggunakan minyak goreng kepala dan kulit udang tadi, tumis bahan2 bawang besar, putih, merah, halia dan cili kering yang telah dikisar tadi.

 Eh tiba2 nampak crab sticks..hehe..masukkan crab sticks pun cam best ni:)
okey abaikan..hehe

9) Masukkan udang yang xberkulit, ayam, sayur, etc. Adjust rasa.
Boleh tambah tepung jagung jika nak lebih pekat kuahnya..Tutp api..Ambil mi, hias dengan
cili hidup, telur rebus, makan:)

Aigooo menggoda selera betul :)

Sekian saja entry kali ni..
senang kan?
selamat mencuba!:)

Maaf salah silap, thanks sudi baca entry kali ni
Take care kawan2 :)





Thursday 5 January 2012

Keropok Lekor

Assalamualaikum dan slm sejahtera kwn2:)

Rasa macam dah lama xtinjau blog ni..maaf ye..
agak busy sikit sejak masuk 2nd year ni..
ada school placement..mmg byk kali g sekolah la..
what i can say, mmg this term byk into English teaching kot..
before this study sume pasal education and teaching in general..
well enough about me:)

kalian apa khabar? hopefully sihat, insyaAllah
lupe plak..
Selamat Tahun Baru 2012 :)
semoga azam tercapai, semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan yg penting
semoga mendapat keberkatan Allah selalu, insyaAllah:)

Okey, xmo pot pet banyak2..
of course time hilangnya sy dari blog ni dek kesibukan,
sikit sbyk masak tu ttp sebati dlm hidup..
selera makan merepek2..slalu craving for benda2 yg bukan2..
ceit..

Last month..g la MSD..Malaysian Students Department kat London
ada kursus kepimpinan kat sana..
so nak dijadikan cerita housemate craving sgt keropok lekor dari dulu lg..
kebetulan ada jual kat kantin MSD tu..
puas duk pujuk2 dapat jugak
lepas tu asyik ngidam nk makan
nasib baik dekat Mutley ada jual ikan kembung
dlm 10mins naik bus from my home

puas hati kot minum petang sambil mkn kopok lekor dan hot choc tarik :)


Juadah minum petang:)


Resipi diambil from Myresipi..thanks :) tp sy ada edit sikit:)

KEROPOK LEKOR
(15-20 batang)

[BAHAN-BAHAN]






4 ekor ikan kembung (limaukan dulu biar hilang bau)
4 ulas bawang putih
400 g tepung ubi/kanji (sy guna tapioca starch je)
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
(sy xde baking powder, so ganti dgn 1/4 sudu kecil soda bicarbonate and 
3/4 sudu kecil cream of tartar)
Garam
Perasa
Minyak

CARA-CARA

 1) Ambil isi ikan, pastikan jangan ambil tulangnya sekali ye:)

2) Blend isi ikan tersebut bersama bawang putih dan sedikit air.
(terpulang ikut tahap kepekatan/kekasaran yg anda nak)..hehe:)

 3) Kemudian campurkan hasil blend tadi dengan tepung ubi kanji, gandum,
baking powder dan perasa..sila bubuh perlahan2 ye tepung tu, jgn sekali debuk gitu..
bubuh air sikit..uli sampai xmelekat pada tgn..kalau melekat, bubuh lagi tepung ubi kanji
(p/s: bubuh garam jgn dipandang remeh..sy taruk sikit je sekali tawar sikit daa.hehe)



 4) Agak2 dah xmelekat tu, ambil minyak sikit, sapu pada tangan..
ala, macam pakai hand lotion konon:P..pastu lemparkan sedikit tepung pada papan
penguli, then start la uli :)

5) Fuhh, siap gak..ni la hasil uli..hehe

6) Didihkan air dalam kuali/periuk dengan sikit minyak..as soon as menggelegak,
put the keropok lekor yg baru diuli tu..balik2kan sikit..
bila dia dah terapung di permukaan air tu, maksudnya dah boleh diangkat la ye:)

7) Toskan..biarkan sekejap ye..nak simpan dalam fridge pun xpe..
sy tggu dlm bbrapa belas minit sampai air dia kering sikit, baru goreng:)

8) Tadaa:) xde la meletop dan sesedap keropok lekor cam kat Kelantan/ Terengganu tu
tapi not bad la..

Rindunya makan keropok lekor sambil minum air nyor (air kelapa) kat Pantai Irama sambil tengok laut time dekat Kelantan dulu..hehe..everytime nak balik melaka, mesti g Pasar Besar Siti Khadijah, tingkat bawah,
1st kedai kalau masuk ikut south west entrance, sebelah masjid tu..kakak tu baik sgt..dah jd regular customer die..slalu mintak yg fresh2 from her..ngeh3:)

Okeyla kawan2..dekat sini dah pukul 12.00..dah exceed waktu tidur..haha hari ni tidur lambat sikit
sbb housemates balik hari ni:)
alhamdulillah diorang baru sampai..

Take care everyone:)

Selamat mencuba:)




Tuesday 16 August 2011

Sambal Daging

ASsalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yg disayangi :)

Salam Ramadhan!

Rasa macam dah lama xupdate blog ni..maaf kawan2 sekalian, agak busy sikit beberapa bulan lepas..
alhamdulillah, sekarang sy dah selamat sampai Malaysia..wlupun aktiviti memasak macam dah slow sejak sampai Malaysia ni (sebab ibu asyik masak dan makan luar je..hehe), hobi memasak tetap xdilupakan..

Tahukah anda daging tu mempunyai pelbagai khasiat sebenarnya? sy seorang peminat daging nombor 1..hehe..hari ni nak tulis pasal sambal daging sebenarnya..dah lama nak buat entry pasal ni, akhirnya, dapat jugak..hehe..sambal daging ni resipi nenek belah ayah...always my favourite, favourite adik2 sy dan favourite housemate sy, Najihah..pantang ada daging dan sotong, mesti dia suruh masak sambal.maklumlah kat UK sotong mahal kot (GBP 4.00 satu peket) daging plak sampai GBP 5.00++ sekilo.nilah kehidupan perantau di Bumi yang cam susah nak dapat makanan halal xseperti bandar2 besar luar negara yang lain.hehe...ok, jom..


BAHAN-BAHAN

Bawang merah - 4ulas
Bawang putih- 3ulas
Bwg besar- 1 biji
Daging lembu- ikut suka (biasa sy buat stgh kilo)
Cili yang telah digiling/dimesin
Minyak
Garam


CARA-CARA


1) Rebus daging selama 15-30 minit.


2) Setelah ia agak-agak separa empuk, angkat dan potong daging tersebut kecil-kecil
mengikut saiz yang anda impikan..;) Then, ketepikan. (p/s: air rebusan daging tadi jangan dibuang terus)


3) Tumbuk lumat bawang merah dan putih. (nak blend pun okay gak)


4) Tumis bawang yang ditumbuk tadi didalam minyak.


5) Bila bawang tersebut dah garing dan naik aroma yang pasti menyengat anda,
masukkan cili boh ikut suka anda..Macam sy, suka pedas, sy biasa bubuh 3-4 camca teh.


6) Tumis cili tadi sampai garing (untuk kruangkan pedas). Selepas itu, barulah bubuh
daging yang dah dipotong tadi. Gaul rata.


7) Pastu, bubuh air rebusan daging tadi tu. Terpulang kepada anda nak bubuh banyak mana.
Ini merupakan proses pelembutan daging buat kali kedua (utk pastikan daging benar2 empuk dan xliat).
Kacau seketika, biar kuahnya kering mengikut tahap anda suka.


8) Dah agak2 puas hati dengan tahap kuah anda tu, perlahankan api, bubuh garam, perasa, etc.
Then, bubuh hirisan bawang besar (p/s: bwg besar adalah pemanis semulajadi masakan..jadi,
kurangkan gula dlm masakan..tp jgn sampai taruk bawang berlebihan dlm masakan pulak)


9) Bila dah puas hati dengan produk tersebut, boleh angkat dan hidang..
Tunggulah waktu berbuka boleh makan:)

TIPS MASAKAN!

Ha, air rebusan/ stok memainkan peranan penting dalam menambah perasa sesuatu lauk..
tapi lain kesnya pada sotong/udang..bagi sotong/udang, xsemestinya perlu rebus dulu untuk dapatkan airnya, anda boley je kunyitkan sikit, goreng.then dapatlah airnya sebab bila kita goreng udang/sotong tadi tu, air nya keluar..ambil air tu, campurkan dalam masakan kita..


Ha, senang kan? tak susah mana pun nak buat sambal daging ni..
xperlu nak pakai paste2 segera mera ni..
try buat, confirm adik2 kwn2 sume suke..
xtipu..

okeyla kawan2..
kecur liur plak tgk air tangan sendiri bulan2 posa ni

okey, smoga memperoleh rahmat, kemapunan dan pahala daripada Allah
sempena dengan kedatangan Ramadhan ni..semoga Ramadhan ini jauh lebih baik
dari Ramadhan sebelumnya...insyaAllah..

jaga diri...

ASsalamualaikum dan bye2:)

Friday 20 May 2011

Tiramisu Charlotte Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian~


Maaf sudah lama rasanya xupdate blog ni dengan resipi2..
mulanya hampir putus asa sebab macam tiada sambutan hangat rupanya ada yang setia membaca dan alhamdulillah dapat banyak permintaan untuk terus mengupload resipi...ingatkan follower sikit xramai orang baca. Bak kata salah seorang rakan, sebenarnya ramai orang yang mengikuti blog ini walaupun xjadi follower..alhamdulillah :) insyaAllah semoga perkongsian di dalam blog ini akan terus dimanfaatkan setiap orang :)


Sekarang memang agak busy, tapi lepas hantar assignment, baru la lega kepala ni kan..jadi hari tu teringin benar rasanya nak makan tiramisu..so, jumpa resipi ni dekat YouTube...
nak buat pun senang, bahan mudah, xpayah sibuk2 nak masuk dalam oven...jom :)


Bahan-Bahan

Antara bahan-bahan Tiramisu Charlotte Cake

1/2 cawan air panas
2 sudu teh gula
2 sudu teh Milo/ Kopi/ Hot Chocolate dll
200 ml Fresh Cream (whipping or double cream pon boleh)
250g Mascarpone Cheese
Sponge Fingers
3 biji terlur yang diasingkan putih dan kuningnya
1 sudu kecil esen Vanila


Cara-Cara


1. Campurkan milo/kopi/hot chocolate dengan air panas dan gula.
(kiranya bancuh la mereka.macam buat air biasa tu)



2. Potong satu hujung sahaja pada si Sponge Fingers tu..Satu side je ok..


3. Kacau putih telur sampai betul-betul gebu. Kemudian ketepikan.


4. Kemudian kacau pula si kuning telur sampai menjadi agak pudar warnanya 
dan tekstur yang melekit. Ketepikan.


5. Kacau/putarkan fresh cream sehingga ia menjadi tebal dan gebu..(err, macam mana nak describe eh..bila korang try nak jatuhkan cream tu, dia susah nak jatuh la)

Macam ni:


Haa, nampak kan dia dah start jadi gebu gitu..


6. Di dalam bekas yang lain, campurkan si kuning telur tadi, si putih telur tadi, si krim gebu tadi, Mascarpone Cheese dan esen Vanilla..(p/s: Jangan masuk semuanya sekali gus. Masuk satu persatu)

7. Putakan kesemuanya sehingga menjadi kembang.



8. Ambil sehelai kertas, lapikkan di dalam loyang kek.(tak nak letak pun takpe, kalau letak
lagi bagus, senang nak cuci because cakes' crusts are hard to be washed)

9. Selepas itu, sapukan putaran krim semua tadi tu di atas kertas tadi.Sapu dengan rata.



10. Ambil sponge fingers yang sudah dipotong tadi, susun di dalam loyang kek. Ia berfungsi sebagai border kek. Pastikan ia melekat di krim yang telah disapu tadi.


11. Celup sponge fingers ke dalam bancuhan kopi/ Milo/ hot chocolate tadi.
(p/s: Jangan rendamkan terus, celupkan sau persatu permukaannya)

12. Kemudian susun sponge fingers yang telah dicelup tadi di tengah2 loyang. Jika perlu, patahkan sedikit sponge fingers itu untuk memuatkan space.


13. Beginilah hasilnya..


14. Sapukan krim yang diputar tadi ke atas susunan sponge fingers. Sapu rata.


15. Ulang langkah yang sama. Celupkan sponge fingers, susun atas sapuan krim tadi.
(p/s: Saya guna digestive biscuits dalam ni sebab fingers dah nak habis)


16. Setelah selesai lapisan kedua, sapu lagi krim tadi. Ulang step yang sama sehingga kek lapisan 3 atau 4. Bergantung kepada anda mahu setebal mana kek itu.


17. Pada lapisan terakhir kek, sapukan lagi krim itu.. Ini lah lapisan teratas kek.
Sejukkan di dalam peti.


18. Anda bebas untuk mebuat dekorasi kek. Macam saya, saya taburkan serbuk Milo atas kek,
kemudian letak cream pada 6 tempat, kemudian letak hirisan strawberi di atas setiap tempat itu.
(p/s: Kalau nak lakukan hiasan, rasanya biar kek itu sejuk dahulu. Jika tidak, dekorasi anda akan tenggelam dan buruk)

Setelah semalaman di dalam peti, barulah boleh makan :)
Kalau rasa xtahan sangat, beberapa jam pun ok la kot..

Kemudian, buka loyang kek..Anda akan terkejut melihat kek anda xrebah pun..haha

Setelah loyang kek dibuka..tadaa!sponge fingers still berdiri teguh!

Inilah rupa kek..Nampak tak lapisan2 nya?yummy!!

Ha, dah siap pun!
Tak susahkan? sedap...
senang pulak tu..Boleh tengok movie lagi kot sambil buat kek ni..haha
Selamat mencuba kawan2

Lupa pula, ni link respi asal yang saya jumpa di internet:


Assalamualaikum :)