Tuesday 16 August 2011

Sambal Daging

ASsalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yg disayangi :)

Salam Ramadhan!

Rasa macam dah lama xupdate blog ni..maaf kawan2 sekalian, agak busy sikit beberapa bulan lepas..
alhamdulillah, sekarang sy dah selamat sampai Malaysia..wlupun aktiviti memasak macam dah slow sejak sampai Malaysia ni (sebab ibu asyik masak dan makan luar je..hehe), hobi memasak tetap xdilupakan..

Tahukah anda daging tu mempunyai pelbagai khasiat sebenarnya? sy seorang peminat daging nombor 1..hehe..hari ni nak tulis pasal sambal daging sebenarnya..dah lama nak buat entry pasal ni, akhirnya, dapat jugak..hehe..sambal daging ni resipi nenek belah ayah...always my favourite, favourite adik2 sy dan favourite housemate sy, Najihah..pantang ada daging dan sotong, mesti dia suruh masak sambal.maklumlah kat UK sotong mahal kot (GBP 4.00 satu peket) daging plak sampai GBP 5.00++ sekilo.nilah kehidupan perantau di Bumi yang cam susah nak dapat makanan halal xseperti bandar2 besar luar negara yang lain.hehe...ok, jom..


BAHAN-BAHAN

Bawang merah - 4ulas
Bawang putih- 3ulas
Bwg besar- 1 biji
Daging lembu- ikut suka (biasa sy buat stgh kilo)
Cili yang telah digiling/dimesin
Minyak
Garam


CARA-CARA


1) Rebus daging selama 15-30 minit.


2) Setelah ia agak-agak separa empuk, angkat dan potong daging tersebut kecil-kecil
mengikut saiz yang anda impikan..;) Then, ketepikan. (p/s: air rebusan daging tadi jangan dibuang terus)


3) Tumbuk lumat bawang merah dan putih. (nak blend pun okay gak)


4) Tumis bawang yang ditumbuk tadi didalam minyak.


5) Bila bawang tersebut dah garing dan naik aroma yang pasti menyengat anda,
masukkan cili boh ikut suka anda..Macam sy, suka pedas, sy biasa bubuh 3-4 camca teh.


6) Tumis cili tadi sampai garing (untuk kruangkan pedas). Selepas itu, barulah bubuh
daging yang dah dipotong tadi. Gaul rata.


7) Pastu, bubuh air rebusan daging tadi tu. Terpulang kepada anda nak bubuh banyak mana.
Ini merupakan proses pelembutan daging buat kali kedua (utk pastikan daging benar2 empuk dan xliat).
Kacau seketika, biar kuahnya kering mengikut tahap anda suka.


8) Dah agak2 puas hati dengan tahap kuah anda tu, perlahankan api, bubuh garam, perasa, etc.
Then, bubuh hirisan bawang besar (p/s: bwg besar adalah pemanis semulajadi masakan..jadi,
kurangkan gula dlm masakan..tp jgn sampai taruk bawang berlebihan dlm masakan pulak)


9) Bila dah puas hati dengan produk tersebut, boleh angkat dan hidang..
Tunggulah waktu berbuka boleh makan:)

TIPS MASAKAN!

Ha, air rebusan/ stok memainkan peranan penting dalam menambah perasa sesuatu lauk..
tapi lain kesnya pada sotong/udang..bagi sotong/udang, xsemestinya perlu rebus dulu untuk dapatkan airnya, anda boley je kunyitkan sikit, goreng.then dapatlah airnya sebab bila kita goreng udang/sotong tadi tu, air nya keluar..ambil air tu, campurkan dalam masakan kita..


Ha, senang kan? tak susah mana pun nak buat sambal daging ni..
xperlu nak pakai paste2 segera mera ni..
try buat, confirm adik2 kwn2 sume suke..
xtipu..

okeyla kawan2..
kecur liur plak tgk air tangan sendiri bulan2 posa ni

okey, smoga memperoleh rahmat, kemapunan dan pahala daripada Allah
sempena dengan kedatangan Ramadhan ni..semoga Ramadhan ini jauh lebih baik
dari Ramadhan sebelumnya...insyaAllah..

jaga diri...

ASsalamualaikum dan bye2:)