Slm 1 Malaysia~(lame dah xdgr org ckp cmtu)..hehe
Okeyh...
dah plan dah nak masak ape?
ni another resipi yg aku nk share ngan korang..
memang favourite aku nih...
berkali2 aku cuba tp xjd coz ikan kt sini xboley pakai sgt
sblm nie aku cube ikan haddock n salmon..ade ke patot..hehe
hancur terus ikan2 tu...last2 hr tu aku g jalan2 beli barang rumah
dkt ASDA, nmpk la ikan fresh..name die seabass..aku pon xtaw
name Melayu die..tp mcm ikan siakap la..
1.8pounds je sekor..aku n housemate aku pn ape lg..ngap la 2 ekoq..
haha..
dah2..aku ni apesal la kuat nau berleter...
jom3 kite tgk resipi asam pedas from my nenek..
BAHAN-BAHAN
(untuk 4 orang makan)
Ikan fresh : 1 ekor
BAHAN KISAR
BAHAN KISAR
Bawang merah : 4 biji
Bawang putih : 3 ulas
Cili kering : 10 biji
Halia : sebesar ibu jari
Jintan manis, jintan putih : 1 camca
(name English die Cumin)
Lada hitam : 1 camca besar
Kunyit hidup
(xde pon xpe)
BAHAN TUMISAN:
Bawang besar : 1 biji (hiris)
Halba : 1/2 camca besar
Daun kari : 2-3 tangkai
Air asam jawa
Air
Tomato : 1 biji
Bendi : 5 biji
Bunga kantan/ daun kesum
(ak xltak bende ni coz kt sini xde)
Serai : 1 batang (diketuk)
Serai : 1 batang (diketuk)
Gula
Garam
CARA-CARA
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar
sebentar tadi bersama serai dan daun kari.
2. Apabila sudah pecah minyak dan berbau wangi, masukkan
cili yang telah dikisar tadi. Biar sehingga garing.
3. Apabila lada sudah garing, masukkan air asam jawa secara
perlahan-lahan dan masukkan air mengkut tahap yang anda suka.
4. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, bendi serta bunga kantan/ daun kesum.
5. Adjust rasa. Apabila ikan sudah masak dan bendi sudah lembik sedikit (jangan
biar hingga bendi pecah terlebih masak), masukkan tomato.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Yummy!makan cicah dengan roti canai pon sodap nih!
Okeylah kawan2..see!
xsusah mane pon nak wat asam pedas nie sebenarnyer..
Penat memasak tu memanglah, tp if kite da berjaya masak something tu,
happy xterkata..bak kate nenek aku,
masak nie perlukan consistent practice. baru boleyh sedap...
okey kawan2...
mahu tidur..mengantokssss.....
Selamat mencuba!
Salam sayang