Maaf sudah lama rasanya xupdate blog ni dengan resipi2..
mulanya hampir putus asa sebab macam tiada sambutan hangat rupanya ada yang setia membaca dan alhamdulillah dapat banyak permintaan untuk terus mengupload resipi...ingatkan follower sikit xramai orang baca. Bak kata salah seorang rakan, sebenarnya ramai orang yang mengikuti blog ini walaupun xjadi follower..alhamdulillah :) insyaAllah semoga perkongsian di dalam blog ini akan terus dimanfaatkan setiap orang :)
Sekarang memang agak busy, tapi lepas hantar assignment, baru la lega kepala ni kan..jadi hari tu teringin benar rasanya nak makan tiramisu..so, jumpa resipi ni dekat YouTube...
nak buat pun senang, bahan mudah, xpayah sibuk2 nak masuk dalam oven...jom :)
Bahan-Bahan
Antara bahan-bahan Tiramisu Charlotte Cake
1/2 cawan air panas
2 sudu teh gula
2 sudu teh Milo/ Kopi/ Hot Chocolate dll
200 ml Fresh Cream (whipping or double cream pon boleh)
250g Mascarpone Cheese
Sponge Fingers
3 biji terlur yang diasingkan putih dan kuningnya
1 sudu kecil esen Vanila
Cara-Cara
1. Campurkan milo/kopi/hot chocolate dengan air panas dan gula.
(kiranya bancuh la mereka.macam buat air biasa tu)
2. Potong satu hujung sahaja pada si Sponge Fingers tu..Satu side je ok..
3. Kacau putih telur sampai betul-betul gebu. Kemudian ketepikan.
4. Kemudian kacau pula si kuning telur sampai menjadi agak pudar warnanya
dan tekstur yang melekit. Ketepikan.
5. Kacau/putarkan fresh cream sehingga ia menjadi tebal dan gebu..(err, macam mana nak describe eh..bila korang try nak jatuhkan cream tu, dia susah nak jatuh la)
Macam ni:
Haa, nampak kan dia dah start jadi gebu gitu..
6. Di dalam bekas yang lain, campurkan si kuning telur tadi, si putih telur tadi, si krim gebu tadi, Mascarpone Cheese dan esen Vanilla..(p/s: Jangan masuk semuanya sekali gus. Masuk satu persatu)
7. Putakan kesemuanya sehingga menjadi kembang.
8. Ambil sehelai kertas, lapikkan di dalam loyang kek.(tak nak letak pun takpe, kalau letak
lagi bagus, senang nak cuci because cakes' crusts are hard to be washed)
9. Selepas itu, sapukan putaran krim semua tadi tu di atas kertas tadi.Sapu dengan rata.
10. Ambil sponge fingers yang sudah dipotong tadi, susun di dalam loyang kek. Ia berfungsi sebagai border kek. Pastikan ia melekat di krim yang telah disapu tadi.
11. Celup sponge fingers ke dalam bancuhan kopi/ Milo/ hot chocolate tadi.
(p/s: Jangan rendamkan terus, celupkan sau persatu permukaannya)
12. Kemudian susun sponge fingers yang telah dicelup tadi di tengah2 loyang. Jika perlu, patahkan sedikit sponge fingers itu untuk memuatkan space.
13. Beginilah hasilnya..
14. Sapukan krim yang diputar tadi ke atas susunan sponge fingers. Sapu rata.
15. Ulang langkah yang sama. Celupkan sponge fingers, susun atas sapuan krim tadi.
(p/s: Saya guna digestive biscuits dalam ni sebab fingers dah nak habis)
16. Setelah selesai lapisan kedua, sapu lagi krim tadi. Ulang step yang sama sehingga kek lapisan 3 atau 4. Bergantung kepada anda mahu setebal mana kek itu.
17. Pada lapisan terakhir kek, sapukan lagi krim itu.. Ini lah lapisan teratas kek.
Sejukkan di dalam peti.
18. Anda bebas untuk mebuat dekorasi kek. Macam saya, saya taburkan serbuk Milo atas kek,
kemudian letak cream pada 6 tempat, kemudian letak hirisan strawberi di atas setiap tempat itu.
(p/s: Kalau nak lakukan hiasan, rasanya biar kek itu sejuk dahulu. Jika tidak, dekorasi anda akan tenggelam dan buruk)
Setelah semalaman di dalam peti, barulah boleh makan :)
Kalau rasa xtahan sangat, beberapa jam pun ok la kot..
Kemudian, buka loyang kek..Anda akan terkejut melihat kek anda xrebah pun..haha
Setelah loyang kek dibuka..tadaa!sponge fingers still berdiri teguh!
Inilah rupa kek..Nampak tak lapisan2 nya?yummy!!
Ha, dah siap pun!
Tak susahkan? sedap...
senang pulak tu..Boleh tengok movie lagi kot sambil buat kek ni..haha
Selamat mencuba kawan2
Lupa pula, ni link respi asal yang saya jumpa di internet:
Assalamualaikum :)
5 comments:
o yeah..well done..dah berjaya haha tiramisu ni nampak sedap..tq 4 sharing :)
haha..berjaya pun!thanks farah:)
awesome :)
ellisa, resipi orang ni..bukan resipi sendiri..huhu
g0od luck!
heheh...
nk try tp cream2 bagai tu yg payah nk cr
kne p jJ lak
pe2 pn truskn usaha memasak ye =)
Post a Comment