hehe
erm, kepada mereka yg pernah tinggal atau mengunjungi Kelantan,
pastinya mereka pernah makan Ayam Percik Bakar/Bakar Percik yg sememangnya top tu..
dek kerana terliur punye pasal hari tu, lalu ku google di internet resipinya, maka
inilah hasilnya. Mari tengok..senang je
BAHAN-BAHAN
(4orang makan)
1 ekor ayam dipotong empat/ 4-5 ketul ayam
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2 cm halia
2 btg serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit cili kering yang telah diblend (utk pedaskan or merahkan kuah)
sedikit air asam jawa/ asam keping
garam dan gula
CARA-CARA
1. Blend halia, bawang, serai, ketumbar, jintan. Perap bersama ayam selama setengah jam.
2. Setelah 30 min, masuk ayam tersebut bersama bahan-bahan lain ke dalam kuali.
3. Kemudian masukkan pula santan yang telah digaul bersama tepung beras. Masak hingga ayam jadi
3 suku masak dan kuah agak pekat.
4. Jika mahu kuah pedas dan merah, tambah sedikit cili.
(ayam percik kelantan biasanya manis dan putih kekuningan warnanya:)
5. Setelah tiga suku masak, angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan ke
dalam loyang pembakar.
6. Bakar dalam overn dengan suhu 200darjah (kalau dkt UK gas marked 6 or 7)
selama setengah jam sehingga warnanya agak keperangan.
7. Keluarkan ayam daripada oven, hidangkan ia bersama baki kuah tadi.
(baki kuah tadi yang ddigaul bersama ayam yang baru dikeluarkan)
8. Hidangkan ayam dan makan!
Fuhh..menyengat
rase nk masak lagi la pulak
aigo...
hehe
apepon ser0 n0k make nasi kerabu la
tp xreti2 nk wat n bahan pn xde..sob3
makanan Kelantan memang besh2
makanan Melaka juga:)
okeylah kawan2..lapar ni
mahu makan:)
Selamat Mencuba..
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment