Thursday, 24 February 2011

Ayam Bakar Percik

Assalamualaikum dan slmt sejahtera kwn2ku sayang

hehe

erm, kepada mereka yg pernah tinggal atau mengunjungi Kelantan,

pastinya mereka pernah makan Ayam Percik Bakar/Bakar Percik yg sememangnya top tu..

dek kerana terliur punye pasal hari tu, lalu ku google di internet resipinya, maka

inilah hasilnya. Mari tengok..senang je

BAHAN-BAHAN
(4orang makan)


1 ekor ayam dipotong empat/ 4-5 ketul ayam
1 1/2 cawan santan pekat
2 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2 cm halia
2 btg serai
1 camca kecil ketumbar
1/2 camca kecil jintan putih
1/2 cawan tepung beras
sedikit cili kering yang telah diblend (utk pedaskan or merahkan kuah)
sedikit air asam jawa/ asam keping
garam dan gula

CARA-CARA


1. Blend halia, bawang, serai, ketumbar, jintan. Perap bersama ayam selama setengah jam.


2. Setelah 30 min, masuk ayam tersebut bersama bahan-bahan lain ke dalam kuali.


3. Kemudian masukkan pula santan yang telah digaul bersama tepung beras. Masak hingga ayam jadi
3 suku masak dan kuah agak pekat.

4. Jika mahu kuah pedas dan merah, tambah sedikit cili.
(ayam percik kelantan biasanya manis dan putih kekuningan warnanya:)


5. Setelah tiga suku masak, angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan ke
dalam loyang pembakar.

6. Bakar dalam overn dengan suhu 200darjah (kalau dkt UK gas marked 6 or 7)
selama setengah jam sehingga warnanya agak keperangan.


7. Keluarkan ayam daripada oven, hidangkan ia bersama baki kuah tadi.

(baki kuah tadi yang ddigaul bersama ayam yang baru dikeluarkan)


8. Hidangkan ayam dan makan!


Fuhh..menyengat

rase nk masak lagi la pulak

aigo...
hehe
apepon ser0 n0k make nasi kerabu la
tp xreti2 nk wat n bahan pn xde..sob3
makanan Kelantan memang besh2
makanan Melaka juga:)

okeylah kawan2..lapar ni
mahu makan:)

Selamat Mencuba..
Assalamualaikum

Kek Batik

Assalamualaikum my beloved readers!

maaf sgt sudah lame rasenyer sy x update blog ni
(tibe2 gune sy kn..i think ni lg proper kot..coz xbiase gune aku sbnanyer)
okey2 walau apepon

maaf sekali lg ye ...maafkan kami maafkan kami

hehe..okey la kawan2..minggu nie saye akan upload resipi2

yg senang nk wat and sedap plak tu..

atas permintaan ramai yg nk sgt resipinyer

terimalah Kek Batik...

chewahh..hari tu tgk my housemate sorang ni

asyik duk criter pasal kain batik

tibe2 teringat kek batik

so ape lagi, g ASDA la..ngeh2

jom zoom in..senang je nk wat

BAHAN-BAHAN


1 paket Milo (sachet kecil pn jadila)
1 tin susu cair
1 buku butter
1 cwn gula halus
1 biji telur
Coklat masakan
Susu segar
1 camca besar serbuk koko (sy guna hot chocolate powder)
1 1/2 paket digestive biskut


CARA-CARA 

1. Patahkan digestive biskut tu.



2. Cairkan butter. Setelah cair, masukkan coklat masakan bersama
sedikit susu segar dan kacau dengan api yang kecil.


3. Kemudian setelah ia cair, masukkan kesemua bahan2 lain ke dalam periuk
kecuali sang biskut yg telah hancur td tu. Kacau rata


4. Kacau selama lebih kurang 15minit sampaila jd agak pekat.


5. Kemudian, setelah pekat, tutup api. Masukkan biskut tadi dan kacau sebati.


6. Kacau sehingga agak padat kandungannya.


7. Setelah puas hati dengan tekstur dan kepadatannya, silalah
memindahkan cepat2 ke dalam loyang. Pastikan ia mampat di dalam loyang tu.


8. Kemudian, sejukkan di dalam peti dan potong bila mahu makan.

p/s: Sorry tiada gambar selepas siap. Kamera habis bateri.
 Guna kamera kwn.If mahu, tengok di link ni:


Okelah kawan2..
aduhai malu pula dengan korang
selalu janji mahu update tp asyik2 busy
maaf ye


Selamat mencuba:)

Assalamualaikum

Monday, 7 February 2011

Karipap


Assalamualaikum korang!
Come esta? (ape khabar)
cewah..haha..
power x?
nie Spanish language
belajar from my Chilean housemate
okey2
oleh krn ni blog masakan,
so xboley nk story byk2 psl bende lain la kn
mari fokus pada menu kuta: Karipap atau
dlm bahasa Inggerisnya "Curry puff"..
ni adlh resipi nenek aku
korang boleh adjust resipi nie
ikot suke hati korang
nie karipap kentang n ayam
if korang nk wat sardin ke daging ke
terpulang
let's check it out

BAHAN-BAHAN


(INTI)



Ayam (dipotong kecil-kecil)
Rempah Kari (3 camca teh)
Udang Kering (2 camca kecil, ditumbuk)
Bawang besar (3 labu)
Bawang putih (4 ulas)
Cili boh (blend)
Daun kari (4 helai)
Kentang (4 biji)

BAHAN-BAHAN (KULIT)



Tepung gandum (5/6 cawan)
Marjerin ( 3/4 camca teh)
Air garam ( 1 camca garam sudah mencukupi)

CARA-CARA 

(INTI)

1. Masukkan potongan ayam ke dalam mangkuk berisi rempah kari 
yang telah digaul dengan air.

2. Panaskan minyak di dalam kuali.

3. Tumiskan bawang putih dan bawang besar serta udang kering.

4. Setelah naik baunya, masukkan cili boh mengikut tahap kepedasan yang anda suka.

5. Setelah cili garing, masukkan rempah kari berisi ayam tadi. Gaul dan biarkan
seketika sehingga naik baunya dan pecah minyak.



6. Setelah pecah minyak, masukkan kentang dan tambah air supaya kentang 
empuk.



7. Masukkan daun kari. Gaul dan biarkan. Harus digaul selalu untuk mengelakkan
pembentukan kerak di bawah kuali.

8. Setelah kentang empuk, adjust rasa.

9. Tunggu sehingga kuah agak kering, tutup api dan sejukkan.
(jangan buat karipap bersama inti yang sedang panas, nanti
karipap pecah dan xmelekat pada kulitnya)


CARA- CARA (KULIT)

1. Masukkan tepung ke dalam sebuah bekas besar.

2. Masukkan marjerin perlahan-lahan.

3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit.


4. Gaul sebati. Jika agak berminyak or lembik, tambah tepung.
Jika agak keras, tambah marjerin dan air garam.

5. Gaul dan ramas sehingga mencapai tekstur yang diidamkan.
(Kulit karipap dianggap jadi apabila bekas yang anda guna untuk
itu kelihatan bersih akhirnya)

Tada..ni la maksud aku td..bekas tu kelihatan bersih kan?

Nota : salah 1 cara lagi menentukan kulit tu jadi or not ialah cuba
try tarik2 kulit tu.If die fleksibel, jadilah tu..



CARA-CARA SETERUSNYA

Okey, setelah siap semuanya dan sejuk intinya,
boleh la mula mengelim

1. Pusing2kan kulit tu sebesar ibu jari anda, bentukkan bulat.



2. Ambil salah satu bulatan, leperkan ia sebesar tapak tangan anda

3. Bubuh 1 sudu inti. Ikut anda.

4. Lipat kulit dan rapatkan bibir kulit
(maaf xdpt tunjuk gambar, tangan xd nak snap gambar time nie)

5. Kelim seperti biasa


Haa..dah siap..xsusah kan?

6. Setelah siap, simpan seketika dalam peti ais. Then goreng..
yummy!


Okey korang..
nampak cm complicated kan?
believe me, senang je nk buat
bahan-bahan mudah cara pon mudah
hehe
okey, nantikan resipi seterusnya ye
sorry dah lame xupdate
busy la
more recipes are waiting
keep following!
kenapa lately aku gemar sangat masak ni?
padahal dulu malas gile
hehe
mentang2 dah nk jadi tunangan orang summer ni?;p
haha..gurau2...
sapela nk ak ni
pemalas gile
haha
sudah2 start dah membebel2
okey korang

Selamat mencuba!

Salam